Masjid Alor Jawi merupakan sebuah masjid yang terletak di Sungai Petani Kedah dan berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Kedah di bawah selian Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.
Lokasi terletak di antara jalan tikam batu ke Kota Kuala Muda menjadi lokasi yang strategik untuk persinggahan musafir yang hendak melancong ke pantai merdeka kerana masjid terletak di tepi jalan utama.
Alhamdulillah, masjid baru selesai proses baikpulih dan ubahsuai untuk fasa 1&2 dengan kos yang telah dibelanjakan RM 1.1 juta dan telah memberikan lebih keselesaan kepada jemaah dan musafir yang singgah...
InshaAllah kami masih memerlukan dana untuk fasa 3 & 4 untuk membina bangunan baru 2 tingkat yang lengkap dengan bilik mesyuarat, tandas lelaki wanita dan OKU, bilik pengurusan jenazah, dewan pengajian dan bilik musafir...serta dewan makan terbuka lengkap dengan stor masak yang baru dengan kos anggaran RM 1.1 juta.
Untuk maklumat terkini, boleh layari Facebook Page Masjid Alor Jawi:
1. Facebook Page Masjid Alor Jawi